Loading video...

Memacu Pertumbuhan Ekonomi Digital Malaysia

Laporan Impak Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)

MDEC Memperkasa Agenda Digital Negara melalui Inisiatif RMK12 Memperkasa Rakyat, Memacu Ekonomi Digital Negara

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerbitkan laporan impak bagi pelaksanaan program di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Laporan ini mengetengahkan pencapaian dan impak pelbagai inisiatif strategik dalam merealisasikan matlamat agenda digital negara.

Program RMK12 MDEC dikategorikan kepada:

  • Program Digital
  • Program Latihan
  • Dana (Geran)

Program-Program RMK12 MDEC:

Pembangunan Bakat Digital Negara

Pembangunan Bakat Digital Negara

Memperkasa pembangunan modal insan digital negara bagi melahirkan tenaga kerja digital yang kompeten, berdaya saing di peringkat global serta menyokong keperluan industri masa hadapan dan pertumbuhan ekonomi digital negara.

Malaysia sebagai Hab Global Pusat Data, Perkhidmatan Cloud dan Kandungan Digital

Malaysia sebagai Hab Global Pusat Data, Perkhidmatan Cloud dan Kandungan Digital

Memacu pembangunan ekosistem pusat data dan pengkomputeran awan melalui tarikan pelaburan strategik, pengukuhan infrastruktur digital negara, serta pemerkasaan industri kandungan digital bernilai tinggi.

Program Penerimagunaan e-Dagang

Program Penerimagunaan e-Dagang

Memperkasa PMKS dan perniagaan tempatan untuk memanfaatkan platform digital dalam memperluas akses pasaran, meningkatkan daya saing serta memperkukuh pertumbuhan perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Inisiatif Tapak Ujian Global (GTI)

Inisiatif Tapak Ujian Global (GTI)

Program strategik untuk memposisikan Malaysia sebagai hab utama tapak ujian dan validasi teknologi digital di rantau ASEAN.

Program Pembangunan Eksport: Program “GAIN” Memperkasa Pertumbuhan dan Globalisasi Syarikat Teknologi Digital Berpotensi Tinggi

Program Pembangunan Eksport: Program “GAIN” Memperkasa Pertumbuhan dan Globalisasi Syarikat Teknologi Digital Berpotensi Tinggi

Program Gateway, Amplify, Invest, and Nurture (GAIN) mempercepatkan pertumbuhan syarikat teknologi digital Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Fasilitasi Pelaburan untuk Ekonomi Digital

Fasilitasi Pelaburan untuk Ekonomi Digital

Program Fasilitasi Pelaburan Untuk Ekonomi Digital memacu ke arah kematangan pertumbuhan ekonomi Digital negara melalui tarikan pelaburan berimpak tinggi.

Internet of Things (IoT) Sebagai Sumber Pertumbuhan Industri Baharu

Internet of Things (IoT) Sebagai Sumber Pertumbuhan Industri Baharu

Memacu adaptasi teknologi pintar merentasi pelbagai sektor ekonomi negara.

Program Penyediaan Ekosistem e-Dagang

Program Penyediaan Ekosistem e-Dagang

Memupuk ekosistem untuk memacu inovasi dalam e-dagang yang seterusnya mempercepat pertumbuhan keseluruhan KDNK e-dagang negara.

Inisiatif e-Invois Kebangsaan

Inisiatif e-Invois Kebangsaan

Dirangka untuk mentransformasikan landskap perniagaan Malaysia melalui endigitalan dokumen perniagaan.

Pembangunan Ekosistem Kandungan Digital [Digital Content Ecosystem (DICE)]

Pembangunan Ekosistem Kandungan Digital [Digital Content Ecosystem (DICE)]

Memperkasakan sektor kreatif digital negara yang merangkumi industri animasi, permainan digital, dan media interaktif.

Pembangunan IP360 Metaverse

Pembangunan IP360 Metaverse

Membuktikan kesediaan kerajaan dalam mewujudkan ruang strategik bagi pencipta dan pemain industri kandungan kreatif untuk mempamerkan karya digital dan harta intelek (IP) mereka dalam menggunakan teknologi imersif sosial baharu ini.

Pembangunan Piawaian dan Fasilitasi Ekonomi Perkongsian

Pembangunan Piawaian dan Fasilitasi Ekonomi Perkongsian

Menyokong pertumbuhan sektor ekonomi perkongsian secara lebih tersusun, selamat dan berdaya saing.

Inisiatif ‘Big Data Analytics’ (BDA) Nasional

Inisiatif ‘Big Data Analytics’ (BDA) Nasional

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang memacu data ‘Data-Driven’ dengan memperkasakan pertumbuhan ekosistem data yang mampan dan berdaya saing untuk membawa kemakmuran ekonomi, kebaikan sosial dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Program Transformasi Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS)

Program Transformasi Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS)

Memainkan peranan sebagai nadi utama yang memacu pertumbuhan dan kestabilan sosioekonomi.

Program Memacu Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

Program Memacu Pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

Mempercepat transformasi digital dalam kalangan peniaga PMKS ini.

Malaysia Digital Accelerator Grant (MDAG)

Malaysia Digital Accelerator Grant (MDAG)

Malaysia Digital (MD), yang sebelum ini dikenali sebagai MSC Malaysia, memperkukuh ekosistem digital dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan di peringkat Global.

Dana Teknologi Inovasi untuk Globalisasi (TIG)

Dana Teknologi Inovasi untuk Globalisasi (TIG)

Memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi yang berteraskan teknologi.

Malaysia Digital X-port Grant (MDXG)

Malaysia Digital X-port Grant (MDXG)

Membolehkan syarikat-syaikat teknologi tinggi meningkatkan kredibiliti dan jangkauan atau keterlihatan (visibility) di pasaran antarabangsa.

Malaysia Digital CATALYST GRANT (MDCG)

Malaysia Digital CATALYST GRANT (MDCG)

Malaysia Digital Catalyst Grant (MDCG) dulu dikenali sebagai Geran Pemangkin Revolusi Industri Ke-4 (4ICG), merupakan satu inisiatif strategik untuk memacu transformasi digital negara.

Hala Tuju

Melangkah ke RMK13, hala tuju strategik negara akan terus diperkukuh melalui pendekatan yang lebih bersepadu, mampan dan berteraskan inovasi bagi memperkukuh transformasi digital negara ke arah Malaysia sebagai Negara AI menjelang 2030, antaranya melalui:

  • Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030: Menuju Negara AI
  • Kajian separuh penggal Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM)
  • Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara (D4IRN)


MDEC komited untuk terus memacu momentum transformasi digital negara berlandaskan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030: Menuju Negara AI yang menjadi manifestasi pelaksanaan Fasa Ke-3 Kajian Separuh Penggal Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) serta Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara (D4IRN).
MDEC komited untuk terus memacu aspirasi negara sebagai peneraju inovasi digital dan AI di rantau ASEAN, sekali gus memperkukuh pembangunan ekosistem digital yang kompetitif, inklusif, mampan dan bertaraf global.

Hala Tuju

Muat Turun
Laporan RMK12

MUAT TURUN

report book